Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن كستم دراج مليسيا; singkatan: JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Berfungsi sebagai pemungut cukai import/eksport negara, pengurusan tertinggi JKDM diterajui oleh Ketua Pengarah Kastam dan dibantu oleh 3 orang timbalan iaitu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman / GST dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia. JKDM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi menjaga keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat, iaitu ; Bahagian Perkastaman & Cukai Dalam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik dan Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan.Disamping itu, JKDM turut mengadakan kerjasama dengan badan dunia, World Customs Organisation ( WCO ) dan negara-negara ASEAN yang lain iaitu, Royal Customs and Excise Department Negara Brunei Darussalam,The Bureau of Customs (BOC) Philippines, Direktorat Jenderal Bea & Cukai Indonesia, General Department of Customs and Excise of Cambodia, Laos P.D.R Customs, Myanmar Customs Department, Singapore Customs Department ( 新加坡海关总署 ), The Customs Department of the Kingdom of Thailand ( กรมศุลกากรของราช อาณาจักรไทย ) dan The Vietnam Customs ( Cục Hải quan Myanmar ).

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Dokumen-dokumen penting
  • Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Eksais, Akta Cukai Jualan, Akta Cukai Perkhidmatan, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Akta Zon Bebas, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan, dll.
Eksekutif Kerajaan
  • YBhg. Dato' Paddy Abdul Halim, Ketua Pengarah Kastam
Di bawah bidang kuasa Malaysia
Menteri bertanggungjawab
  • Lim Guan Eng, Menteri Kewangan
Agensi induk Kementerian Kewangan Malaysia
Ibu pejabat Kompleks Kementerian Kewangan, No 3, Persiaran Perdana, Presint 2, 62596 Putrajaya
Dibentuk 10 Februari 1964; 55 tahun yang lalu (1964-02-10)
Tapak web www.customs.gov.my
Belanjawan tahunan MYR 1,255,889,000 (2018)
Kakitangan 14,773 (2018)
Jenis Kerajaan